Soalan Lazim


Berikut ialah kategori orang awam/Perniagaan/Syarikat (SYT) yang dibenarkan untuk mendaftar di Portal JPJeBid:

i) Individu: Warganegara dan Penduduk Tetap Malaysia (PTM) yang berumur 18 tahun dan ke atas.

ii) Perniagaan/Syarikat: Perniagaan/Syarikat yang berdaftar.

iii) Pertubuhan, Koperasi Dan Badan Profesional: hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP.

iv) Agensi Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun/ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/ Kedutaan/ Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/ Pertubuhan Antarabangsa/ Pejabat Serantau: hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP.

v) Bukan warganegara: hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP. Nombor siri passport terbaru perlu dikemaskini oleh pemilik passport jika tarikh luput passport terdahulu telah tamat di mana-mana pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC.


Individu/Perniagaan/Syarikat/Bukan Warganegara/Pertubuhan/Koperasi/Badan Profesional/Agensi Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun/Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/Kedutaan/Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/Pertubuhan Antarabangsa/Pejabat Serantau yang layak mestilah mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP.


3.1. Individu/Perniagaan/Syarikat yang layak yang tidak mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP perlu mendaftar di mana-mana pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC terlebih dahulu. Sila kemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:

i) Individu: Satu salinan kad pengenalan/sijil kelahiran/resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa.

ii) Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian:

a. Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan - Borang D (nama syarikat,maklumat dan maklumat pemilik); atau

b. Satu salinan Lesen Perniagaan (Sabah dan Sarawak sahaja).

c. Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.

iii) Syarikat Sdn. Bhd:

a. Satu salinan Borang 9 atau Borang 13 dan Borang 49 atau Borang Seksyen 58.

b. Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.

* Sila pastikan anda telah menerima e-mel pengesahan daripada Sistem JPJeBid sebelum membuat capaian di Portal JPJeBid. Anda juga disarankan menggunakan akaun e-mel yang aktif dan peti masuk yang sedia menerima sebarang notifikasi.

* Pautan pengesahan akan dihantar ke e-mel pengguna dan perlu disahkan dalam tempoh 30 minit sebelum akaun JPJeBid diaktifkan.

3.2. Bukan warganegara/Pertubuhan/Koperasi/Badan Profesional/Agensi Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun/Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/Kedutaan/Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/Pertubuhan Antarabangsa/Pejabat Serantau yang tidak mempunyai rekod adalah tidak tersedia untuk mewujudkan pendaftaran baru bagi JPJeBid.


Orang awam atau pengguna portal JPJeBid disarankan menggunakan e-mel jenis Yahoo dan Gmail yang aktif bagi memudahkan penerimaan sebarang notifikasi daripada Sistem JPJeBid.


Keselamatan maklumat pengguna yang didaftarkan di portal JPJeBid adalah tanggungjawab pengguna itu sendiri. Sekiranya berlaku pendaftaran tanpa pengetahuan, disarankan pengguna tersebut membuat laporan polis dan menghantar sesalinan kepada pihak kami melalui e-mel aduan Portal JPJeBid untuk tindakan selanjutnya.


Hanya maklumat pembaharuan e-mel dan nombor telefon sahaja yang boleh dikemaskini di menu profil pengguna JPJeBid. Sekiranya terdapat perubahan maklumat peribadi yang lain, pengguna perlu hadir ke pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC untuk kemaskini maklumat tersebut.


Orang awam atau pengguna portal JPJeBid disarankan untuk menggunakan browser Chrome Version 73, Internet Explorer 11, Android Version 6 atau IOS 10 dan ke atas untuk paparan yang lebih baik.


Pengguna disarankan untuk menggunakan komputer/komputer riba dengan rangkaian internet yang stabil.


RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida. Fi berkenaan merupakan hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan.


Tempoh Bidaan untuk satu (1) siri nombor pendaftaran kenderaan berlangsung selama 5 hari dan tamat pada pukul 2200Hrs pada hari kelima (5). Namun Kerajaan boleh menetapkan atau mengubah tempoh bidaan mengikut kehendak semasa. Pembida boleh merujuk kepada iklan-iklan bidaan yang dikeluarkan oleh JPJ.

Waktu bidaan diambil kira sepanjang tempoh bidaan berlangsung dan bukannya pada waktu pengesahan bidaan pada pihak bank. Hanya transaksi yang berjaya dan selesai pembayaran dalam tempoh bidaan sahaja akan diterima sebagai bidaan yang sah.

* Anda digalakkan untuk melakukan bidaan awal untuk kelancaran semua proses. Elakkan aktiviti bidaan disaat akhir bagi mengelakkan gangguan bayaran.


Tiada deposit diperlukan tetapi pembida harus membayar harga minima atau lebih dari harga minima bagi setiap kategori nombor kenderaan yang dibida pada kali pertama.


Setiap nombor kenderaan memerlukan satu bayaran minima mengikut jadual di bawah :

Kategori Harga Minima (RM) Kenaikan Bidaan Minima (RM) Kenaikan Bidaan Minima (RM) (30 Minit Terakhir)
Nombor Bernilai Utama 20,000.00 1,000.00 2,000.00
Nombor Premium 5,000.00 250.00 500.00
Nombor Menarik 2,500.00 125.00 250.00
Nombor Popular 500.00 25.00 50.00
Nombor Biasa 300.00 15.00 30.00

i) Setiap amaun bidaan pertama yang dibida mestilah sama atau melebihi harga minima yang ditetapkan mengikut kategori.

ii) Kenaikkan minima bidaan (top-up) adalah mengikut kategori nombor dengan ketiadaan had untuk peningkatan maksimum:

a) 5% kenaikkan dari amaun harga minima pada hari pertama hingga 30 minit sebelum bidaan tamat.

b) 10% kenaikkan dari amaun harga minima pada hari pertama hingga 30 minit sebelum bidaan tamat.

Formula :

Contoh 1:

5% X Harga Minima Bidaan = Kenaikkan Harga Minima

Harga Minima Bidaan + Kenaikan Harga Minima = Jumlah Bidaan

Kategori Harga Minima (RM) Kenaikan Bidaan Minima (RM) (Kadar 5%) Kenaikan Bidaan Minima (RM) (Kadar 5%)
Jumlah Bidaan
Kenaikan Pertama Kenaikan Kedua Kenaikan Ketiga
Nombor Bernilai Utama 20,000.00 Minima 1,000.00 21,000.00 22,000.00 23,000.00
Nombor Premium 5,000.00 Minima 250.00 5,250.00 5,500.00 5,750.00
Nombor Menarik 2,500.00 Minima 125.00 2,625.00 2,750.00 2,875.00
Nombor Popular 500.00 Minima 25.00 525.00 550.00 575.00
Nombor Biasa 300.00 Minima 15.00 315.00 330.00 345.00

Contoh 2 :

10% X Harga Minima Bidaan = Kenaikkan Harga Minima (30 Minit Terakhir)

Harga Minima Bidaan + Kenaikan Harga Minima = Jumlah Bidaan

Kategori Harga Minima (RM) Kenaikan Bidaan Minima (RM) (Kadar 10%) Kenaikan Bidaan Minima (RM) (Kadar 10%)
Jumlah Bidaan
Kenaikan Pertama Kenaikan Kedua Kenaikan Ketiga
Nombor Bernilai Utama 20,000.00 Minima 2,000.00 22,000.00 24,000.00 26,000.00
Nombor Premium 5,000.00 Minima 500.00 5,500.00 6,000.00 6,500.00
Nombor Menarik 2,500.00 Minima 250.00 2,750.00 3,000.00 3,250.00
Nombor Popular 500.00 Minima 50.00 550.00 600.00 650.00
Nombor Biasa 300.00 Minima 30.00 330.00 360.00 390.00

Peningkatan amaun minima ada dipaparkan pada halaman bidaan sebagai rujukan.

Segala transaksi semasa bidaan adalah menggunakan kaedah Pre- Authorization


Tiada had untuk membida. Walau bagaimanapun, setiap kategori pembida mempunyai had kelayakan menjadi pemenang. Berikut adalah had kelayakan menjadi pemenang mengikut kategori pembida:

Kategori Had Kelayakan Menjadi Pemenang
Individu 3 nombor kenderaan bagi setiap siri
Perniagaan/ Syarikat 5 nombor kenderaan bagi setiap siri
Pertubuhan, Koperasi Dan Badan Profesional 5 nombor kenderaan bagi setiap siri
Agensi Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun/ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/ Kedutaan/ Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/ Pertubuhan Antarabangsa/ Pejabat Serantau 5 nombor kenderaan bagi setiap siri
Bukan Warganegara 3 nombor kenderaan bagi setiap siri

TIDAK. Pembida tidak dibenarkan menarik balik atau membatalkan semua transaksi bidaan yang telah dilakukan.


Ya, segala aktiviti yang melibatkan nombor pendaftaran kenderaan yang dibida akan dikemaskini di dalam peti masuk.


Keputusan bidaan rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas bidaan tamat bergantung kepada transaksi dengan pihak bank.

Pentadbir sistem akan menghantar keputusan rasmi sama ada berjaya atau gagal kepada semua pembida melalui e-mel yang didaftarkan dan di peti masuk akaun JPJeBid.


Pembida hanya boleh melakukan pembayaran bidaan melalui kad kredit tempatan dan kad debit tempatan (Malaysia Issuer) sahaja.


Pembida boleh menggunakan lebih dari satu kad kredit atau kad debit untuk membuat tambahan bidaan.


Jika bidaan berjaya, amaun bidaan akan ditolak dari kad kredit/ kad debit pembida dengan serta-merta.


Pembatalan transaksi oleh pihak bank akan dilakukan dan amaun akan dikreditkan semula ke kad kredit atau kad debit pembida. Tiada caj yang akan dikenakan.


Amaun penyelesaian bayaran akan dikreditkan ke kad kredit/ kad debit pembida dalam tempoh 7 hingga 30 hari bekerja bergantung kepada bank pengeluar kad kredit/ kad debit (issuer) tersebut.


Sekiranya terdapat sebarang masalah yang melibatkan kad kredit / kad debit, pembida boleh terus berhubung dengan bank pengeluar kad kredit / kad debit (issuer).


Pendaftaran Kenderaan boleh dilakukan di semua pejabat dan cawangan JPJ kecuali UTC. Walaubagaimanapun, bagi nombor pendaftaran Kenderaan yang diperuntukkan di kawasan Pulau Bebas Cukai (PBC) hendaklah didaftarkan di JPJ cawangan kawasan PCB tersebut sahaja sepertimana yang telah dinyatakan dan dipersetujui di dalam terma dan syarat JPJeBid oleh pembida. Siri yang dimaksudkan ialah:

i) Siri ‘KV’ perlulah didaftarkan di JPJ Cawangan Pulau Langkawi.

ii) Siri ‘L’ perlulah didaftarkan di JPJ Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan.


Pemenang ataupun mana- mana wakil pemenang hadir ke JPJ dan perlu membawa dokumen seperti dibawah:

i) Cetakan e-mel Surat Keputusan Berjaya Bidaan.

ii) Salinan Kad Pengenalan/Salinan Identiti Pengenalan Syarikat.


Tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan adalah 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Tawaran.


Surat Tawaran yang diberikan akan dianggap luput dan tidak sah. Bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.


Nombor pendaftaran kenderaan yang dimenangi akan ditarik balik tanpa sebarang notis selepas tamat tempoh dan bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.


Nombor kenderaan yang dimenangi oleh kategori individu/ passport boleh ditukar nama kepada keluarga terdekat sahaja iaitu ibu/bapa/suami/isteri/ adik beradik/anak dengan mengemukakan sijil kelahiran, sijil nikah dan dokumen lain yang berkaitan ketika membuat pendaftaran kenderaan. Pertukaran nama melibatkan Syarikat/ Pertubuhan/ Koperasi TIDAK dibenarkan.


Permohonan lanjutan tempoh pendaftaran TIDAK dibenarkan.


Pembida boleh menetapkan semula kata laluan dengan memilih e-mel yang didaftarkan melalui cara berikut:

i) Klik lupa kata laluan pada skrin log masuk.

ii) Masukkan nama alamat e-mel yang didaftarkan.

(iii) Isikan Captcha.

(iv) Klik butang hantar.

(v) Mesej akan dihantar pada e-mel berdaftar pembida dan ikuti arahan selanjutnya pada skrin berkenaan.