Soalan Lazim

1. Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid?

Berikut ialah kategori orang awam/Perniagaan/Syarikat (SYT) yang dibenarkan untuk mendaftar di Portal JPJeBid:

i) Individu: Warganegara dan Penduduk Tetap Malaysia (PTM) yang berumur 18 tahun dan ke atas.

ii) Perniagaan/Syarikat: Perniagaan/Syarikat yang berdaftar.

iii) Pertubuhan, Koperasi Dan Badan Profesional: hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP.

iv) Agensi Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun/ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/ Kedutaan/ Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/ Pertubuhan Antarabangsa/ Pejabat Serantau: hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP.

v) Bukan warganegara: hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP.Nombor siri passport terbaru perlu dikemaskini oleh pemilik passport jika tarikh luput passport terdahulu telah tamat di mana-mana pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC.

2. Apakah syarat untuk mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid?

Individu/Perniagaan/Syarikat/Bukan Warganegara/Pertubuhan/Koperasi/Badan Profesional/Agensi Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun/Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/Kedutaan/Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/Pertubuhan Antarabangsa/Pejabat Serantau yang layak mestilah mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP.

3. Bagaimana caranya untuk mendapatkan ID bagi membolehkan saya mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid?

3.1. Individu/Perniagaan/Syarikat yang layak yang tidak mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP perlu mendaftar di mana-mana pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC terlebih dahulu. Sila kemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:

i) Individu: Satu salinan kad pengenalan/sijil kelahiran/resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa

ii) Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian:

a. Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan - Borang D (nama syarikat,maklumat dan maklumat pemilik); atau

b. Satu salinan Lesen Perniagaan (Sabah dan Sarawak sahaja)

c. Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.

iii) Syarikat Sdn. Bhd:

a. Satu salinan Borang 9 atau Borang 13 dan Borang 49 atau Borang Seksyen 58.

b. Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.

* Sila pastikan anda telah menerima e-mel pengesahan daripada Sistem JPJeBid sebelum membuat capaian di Portal JPJeBid. Anda juga disarankan menggunakan akaun emel yang aktif dan peti masuk yang sedia menerima sebarang notifikasi.

* Pautan pengesahan akan dihantar ke e-mel pengguna dan perlu disahkan dalam tempoh 24 jam sebelum akaun JPJeBid diaktifkan.

3.2. Bukan warganegara/ Pertubuhan/ Koperasi/ Badan Profesional/ Agensi Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun/ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/ Kedutaan/ Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/ Pertubuhan Antarabangsa/ Pejabat Serantau yang tidak mempunyai rekod adalah tidak tersedia untuk mewujudkan pendaftaran baru bagi JPJeBid

4. Apakah jenis e-mel yang sesuai untuk digunakan semasa pendaftaran di portal JPJebid?

Orang awam atau pengguna portal JPJeBid disarankan menggunakan e-mel jenis Yahoo dan Gmail yang aktif bagi memudahkan penerimaan sebarang notifikasi daripada Sistem JPJeBid.

5. Bagaimanakah mengenai keselamatan maklumat pengguna sekiranya pendaftaran telah wujud tanpa pengetahuan pengguna yang ingin membuat pendaftaran?

Keselamatan maklumat pengguna yang didaftarkan di portal JPJeBid adalah tanggungjawab pengguna itu sendiri. Sekiranya berlaku pendaftaran tanpa pengetahuan, disarankan pengguna tersebut membuat laporan polis dan menghantar sesalinan kepada pihak kami melalui email aduan Portal JPJeBid untuk tindakan selanjutnya.

6. Bagaimanakah sekiranya terdapat perubahan maklumat butir peribadi setelah pendaftaran dilakukan di portal JPJeBid?

Sebarang kemaskini maklumat peribadi kecuali nombor telefon tidak boleh dibuat didalam portal JPJeBid tetapi mestilah dibuat di pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC.

7. Apakah browser yang sesuai untuk menggunakan portal JPJeBid?

Orang awam atau pengguna portal JPJeBid disarankan untuk menggunakan browser Chrome Version 73, Internet Explorer 11, Android Version 6 atau IOS 10 dan ke atas untuk paparan yang lebih baik.

8. Apa yang perlu dilakukan jika capaian semasa proses bidaan sering terganggu dan tidak berjalan dengan lancar?

Pengguna disarankan untuk menggunakan komputer/komputer riba dengan rangkaian internet yang stabil.

9. Apakah fi dan caj yang dikenakan untuk transaksi bidaan?

RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida. Fi berkenaan merupakan hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan.

10. Berapa lamakah tempoh bidaan untuk satu (1) siri nombor kenderaan berlangsung?

Tempoh Bidaan untuk satu (1) siri nombor pendaftaran kenderaan berlangsung selama 5 hari dan tamat pada pukul 2200Hrs pada hari kelima (5). Namun Kerajaan boleh menetapkan atau mengubah tempoh bidaan mengikut kehendak semasa. Pembida boleh merujuk kepada iklan-iklan bidaan yang dikeluarkan oleh JPJ.

Waktu bidaan diambil kira sepanjang tempoh bidaan berlangsung dan bukannya pada waktu pengesahan bidaan pada pihak bank.

* Anda digalakkan untuk melakukan bidaan awal untuk kelancaran semua proses. Elakkan aktiviti bidaan disaat akhir bagi mengelakkan gangguan bayaran.

11. Adakah pembida perlu meletakkan deposit?

Tiada deposit diperlukan tetapi pembida harus membayar harga minima atau lebih dari harga minima bagi setiap kategori nombor kenderaan yang dibida pada kali pertama.

12. Bagaimana penentuan harga bidaan dikira?

Setiap nombor kenderaan memerlukan satu bayaran minima mengikut jadual di bawah :

Kategori Harga Minima (RM) Kenaikan Bidaan Minima (RM) Kenaikan Bidaan Minima (RM) (30 Minit Terakhir)
Nombor Bernilai Utama 20,000.00 1,000.00 2,000.00
Nombor Menarik 3,000.00 150.00 300.00
Nombor Popular 800.00 40.00 80.00
Nombor Biasa 300.00 15.00 30.00

i) Setiap amaun bidaan pertama yang dibida mestilah sama atau melebihi harga minima yang ditetapkan mengikut kategori.

ii) Kenaikkan minima bidaan (top-up) adalah mengikut kategori nombor dengan ketiadaan had untuk peningkatan maksimum:

a) 5% kenaikkan dari amaun harga minima pada hari pertama hingga 30 minit sebelum bidaan tamat.

b) 10% kenaikkan dari amaun harga minima pada hari pertama hingga 30 minit sebelum bidaan tamat.

Formula :

Contoh 1:

5% X Harga Minima Bidaan = Kenaikkan Harga Minima

Harga Minima Bidaan + Kenaikan Harga Minima = Jumlah Bidaan

Kategori Harga Minima (RM) Kenaikan Bidaan Minima (RM) (Kadar 5%) Kenaikan Bidaan Minima (RM) (Kadar 5%)
Jumlah Bidaan
Kenaikan Pertama Kenaikan Kedua Kenaikan Ketiga
Nombor Bernilai Utama 20,000.00 Minima 1,000.00 21,000.00 22,000.00 23,000.00
Nombor Menarik 3,000.00 Minima 150.00 3,150.00 3,300.00 3,450.00
Nombor Popular 800.00 Minima 40.00 840.00 880.00 920.00
Nombor Biasa 300.00 Minima 15.00 315.00 330.00 345.00

Contoh 2 :

10% X Harga Minima Bidaan = Kenaikkan Harga Minima (30 Minit Terakhir)

Harga Minima Bidaan + Kenaikan Harga Minima = Jumlah Bidaan

Kategori Harga Minima (RM) Kenaikan Bidaan Minima (RM) (Kadar 10%) Kenaikan Bidaan Minima (RM) (Kadar 10%)
Jumlah Bidaan
Kenaikan Pertama Kenaikan Kedua Kenaikan Ketiga
Nombor Bernilai Utama 20,000.00 Minima 2,000.00 22,000.00 24,000.00 26,000.00
Nombor Menarik 3,000.00 Minima 300.00 3,300.00 3,600.00 3,900.00
Nombor Popular 800.00 Minima 80.00 880.00 960.00 1040.00
Nombor Biasa 300.00 Minima 30.00 330.00 360.00 390.00

Peningkatan amaun minima ada dipaparkan pada halaman bidaan sebagai rujukan.

Segala transaksi semasa bidaan adalah menggunakan kaedah Pre- Authorization

13. Apakah had untuk membida?

Tiada had untuk membida. Walau bagaimanapun, setiap kategori pembida mempunyai had kelayakan menjadi pemenang. Berikut adalah had kelayakan menjadi pemenang mengikut kategori pembida:

Kategori Had Kelayakan Menjadi Pemenang
Individu 3 nombor kenderaan bagi setiap siri
Perniagaan/ Syarikat 5 nombor kenderaan bagi setiap siri
Pertubuhan, Koperasi Dan Badan Profesional 5 nombor kenderaan bagi setiap siri
Agensi Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun/ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/ Kedutaan/ Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/ Pertubuhan Antarabangsa/ Pejabat Serantau 5 nombor kenderaan bagi setiap siri
Bukan Warganegara 3 nombor kenderaan bagi setiap siri
14. Bolehkah pembida menarik balik bidaan?

TIDAK. Pembida tidak dibenarkan menarik balik bidaan sepanjang tempoh bidaan berlangsung.

15. Adakah pembida akan menerima apa- apa makluman semasa tempoh bidaan?

Ya, segala aktiviti yang melibatkan nombor pendaftaran kenderaan yang dibida akan dikemaskini di dalam peti masuk

16. Bilakah keputusan rasmi bidaan diumumkan?

Keputusan bidaan rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas bidaan tamat bergantung kepada transaksi dengan pihak bank.

17. Bagaimana untuk mengetahui keputusan rasmi jika pembida telah menang/gagal bidaan?

Pentadbir sistem akan menghantar keputusan rasmi samada berjaya atau gagal kepada semua pembida melalui e-mel yang didaftarkan dan di peti masuk akaun JPJeBid.

18. Bagaimanakah kaedah pembayaran bidaan dilakukan?

Pembida hanya boleh melakukan pembayaran bidaan melalui kad kredit tempatan dan kad debit tempatan ((Malaysia Issuer)) sahaja.

19. Bolehkan pembida menggunakan lebih dari satu kad kredit / kad debit semasa membuat tambahan bida?

Pembida boleh menggunakan lebih dari satu kad kredit atau kad debit untuk membuat tambahan bidaan.

20. Apa yang berlaku pada bayaran bidaan jika bidaan pembida berjaya?

Jika bidaan berjaya, amaun bidaan akan ditolak dari kad kredit/ kad debit pembida dengan serta-merta.

21. Apa yang berlaku pada amaun bidaan jika bidaan pembida tidak berjaya?

Pembatalan transaksi oleh pihak bank akan dilakukan dan amaun akan dikreditkan semula ke kad kredit atau kad debit pembida. Tiada caj yang akan dikenakan.

22. Berapa lamakah tempoh penyelesaian pembayaran bidaan sekiranya bidaan pembida tidak berjaya?

Amaun penyelesaian bayaran akan dikreditkan ke kad kredit pembida dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja manakala bagi penggunaan kad debit bayaran akan di kreditkan dalam tempoh 14 hingga 30 hari bekerja bergantung kepada bank pengeluar kad kredit / kad debit (issuer).

23. Sekiranya pembida mengalami masalah berkaitan kad kredit / kad debit seperti transaksi penolakan dan bayaran balik, kepada siapakah harus pembida rujuk?

Sekiranya terdapat sebarang masalah yang melibatkan kad kredit / kad debit, pembida boleh terus berhubung dengan bank pengeluar kad kredit / kad debit (issuer).

24. Apakah dokumen yang perlu dibawa ke JPJ bagi proses pendaftaran kenderaan selepas bidaan berjaya?

Pemenang ataupun mana- mana wakil pemenang hadir ke JPJ dan perlu membawa dokumen seperti dibawah:

i) Cetakan Surat Keputusan Berjaya Bidaan yang di E-mel

ii) Salinan Kad Pengenalan/Salinan Identiti Pengenalan Syarikat

25. Apakah tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan?

Tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan adalah 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Tawaran.

26. Apakah yang akan berlaku jika pendaftaran nombor kenderaan tidak dilakukan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Tawaran?

Surat Tawaran yang diberikan akan dianggap luput dan tidak sah. Bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.

27. Apa yang berlaku jika pembida tidak mahu menerima nombor pendaftaran yang dimenangi?

Nombor pendaftaran kenderaan yang dimenangi akan ditarik balik tanpa sebarang notis selepas tamat tempoh dan bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.

28. Adakah nombor kenderaan yang dimenangi boleh ditukar nama?

Nombor kenderaan yang dimenangi boleh ditukar nama kepada keluarga terdekat sahaja iaitu ibu/bapa/suami/isteri/ adik beradik/anak dengan mengemukakan sijil kelahiran, sijil nikah dan dokumen lain yang berkaitan ketika membuat pendaftaran kenderaan. Pertukaran nama melibatkan Syarikat/ Pertubuhan/ Koperasi TIDAK dibenarkan.

29. Adakah nombor kenderaan yang dimenangi boleh dibuat permohonan lanjutan tempoh pendaftaran?

Permohonan lanjutan tempoh pendaftaran TIDAK dibenarkan.

30. Apakah yang perlu dilakukan jika pembida lupa kata laluan untuk log masuk ke portal JPJeBid?

Pembida boleh menetapkan semula kata laluan dengan memilih e-mel yang didaftarkan melalui cara berikut:

i) Ketik lupa kata laluan pada skrin log masuk

ii) Kemudian masukkan nama alamat e-mel yang didaftarkan.

(iii) Ketik pada ruangan saya bukan robot.

(iv) Ketik butang hantar

(v) Mesej akan dihantar pada e-mel berdaftar pembida dan ikuti arahan selanjutnya pada skrin berkenaan.

31. Apakah saluran yang saya boleh hubungi sekiranya terdapat apa- apa pertanyaan lanjut dan masalah berkaitan sistem JPJeBid?

Klik Disini untuk Maklumat Perhubungan

Klik Disini untuk Membuat Aduan

32. Panduan Pengguna:

Klik Disini untuk Panduan Pengguna